Jumaat, 13 Februari 2009

MAAHADKU


Maahad Tarbiah Islamiyyah Derang adalah sebuah Pusat Pendidikan Islam Tradisional. Ia ditubuhkan atas hasrat untuk membangunkan kembali keperibadian Islam di dalam diri anak-anak didik yang bakal mewarisi kedudukan umat generasi akan datang.

Maahad ini diasaskan pada 1981 di atas tapak seluas 10 ekar di Kampung Tengah Mukim Derang Pokok Sena Kedah yang dibeli dengan harga RM 30 000 dan diwaqafkan oleh 40 orang pendokong pertama Maahad yang diketuai oleh Yang Berbahagia Ayahanda Syeikh Niamat Yusuf.

Dekad pertama yang di lalui dengan kesederhanaan dalam konteks pembangunan keseluruhan. Pembangunan yang terdapat di peringkat lalu tidak berjalan dengan sistemetik, terarah dan tersusun memandangkan perkembangan bilangan pelajar yang menigkat dengan cepat berbanding masa merencana dan kemampuan untuk membina bangunan baru amat terbatas. Lantas dalam dekad pertama memaparkan panorama bangunan lama, insfraktruktur yang tidak sempurna, kelas pengajian yang tidak serata, peralatan yang kurang dan apa saja ayng di buat melambangkan terpaksa dibuat tergesa - gesa.

Maahad mengorak langkah yang lebih luas dengan menggagaskandi atas lot seluas 2.5 ekaryang telah dibeli hasil daripada derma dan kutipan masyarakat Islam pada tahun 1987. Tanah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Samahatus Syeikh Abul Hasan Ali Al Hasani An Nadwi, Reaktor Nahdatul Ulama, Lucknow, India merangkap Cancelor Pusat Islam, Universiti Oxford pada 5 April 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan